Ziarah ke rumah abang Firdausi

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Tular di media sebelum ini, kami datang ziarah ke rumah abang Firdausi dan kakak Hasmahul Husna, sedap sangat nama abang dan isteri.

Anak pertama mereka berusia 8 tahun, mengidap penyakit autisme, dan isteri pula mengidap penyakit gangguan kebimbangaan. apa yang membuat kami sedih sangat, akibat kurang pendapatan, anak mereka yang autisme hanya diberi minum susu manis, Allahu.

Abang Firdaus dan isteri sebelum ni ambil upah kemas rumah penduduk sekitar, dengan upah itulah dibelanja untuk keperluan harian, makan, minum dan perubatan anak, terkesan sangat bila berlaku pandemik katanya.

Kami nampak abang Firdausi sayang sangat kat isteri dan anak, sentiasa usaha untuk penuhi keperluan isteri dan anak.

Sebelum balik kami beri sedikit keperluan makanan asas dan duit untuk kegunaan abang Firdausi, isteri dan anak-anak. Selain tu kami akan lihat semula keperluan untuk perubatan isteri dan anaknya. Kami minta maaf bang, sebab kami tak tahu dan lambat datang ziarah abang.

Moga Allah lindungi keluarga abang, Allah beri kesihatan pada isteri dan anak-anak abang.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda