Ziarah En.Zakaria dan Pn.Norazimah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahu, kesian kat abang Zakaria dan kakak Norazimah, balik dari hospital, motor yang dibawa bergesel dengan lori trailer.

Abang Zakaria patah kaki kanan, kaki kiri dan tangan kanan, kakak hazimah pula kehilangan kaki kanan dari paras lutut ke bawah, sedih sangat kami tengok.

Abang dan kakak dah balik rumah, pergerakan sekarang sangat terbatas, masing-masing hanya duduk dikatil, anak-anak dan saudara berdekatan yang jaga mereka, anak lelaki sulong baru habis SPM, manakala yang nombor dua tingkatan 4 dan bongsu darjah 6.

Abang Zakaria sebelum ni kerja kilang untuk tanggung anak, isteri dan semua keperluan rumah, bila dah jadi macam ni terfikir juga kami macam mana nak urus semua, sebab kena ambil cuti yang lama untuk tunggu pulih.

Kami datang bawa beberapa keperluan, sebelum balik, kami juga beri duit untuk ringankan beban abang Zakaria. Terima kasih pada pihak PERKESO dan NGO yang datang beri sumbangan.

Moga abang segera sembuh, kakak diberi kekuatan dan anak-anak jaga mak ayah dengan baik, insyaAllah semua anak yang soleh/solehah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda