Ziarah mangsa rumah terbakar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sayu sangat hati kami tengok kakak ni dan anak-anak, rumah terbakar, habis semua hangus, baju, barang sekolah anak-anak, tak da apa-apa yang tinggal dah, berat betul ujian kakak sekeluarga.

Masa kejadian, kakak ni tengah kerja, anak perempuannya yang telefon, bergegas balik kakak ni, sampai rumah tengok bomba tengah padamkan api.

Anak kakak ni 4 orang, semua masih kecil lagi, sedih sangat kami tengok dari raut muka mereka, duduk kat halaman rumah tengok tempat mereka berteduh hangus.

Buat masa sekarang, kakak ni dan anak-anak tinggal sementara di rumah makciknya yang berdekatan, dalam masa yang sama ketua masyarakat akan usahakan semula untuk bina rumahnya semula.

Kami datang, jumpa kakak ni, beri sikit kata semangat, akak ni nampak kuat, sebelum balik kami beri duit, alhamdulillah dalam masa yang sama jiran dan ketua masyarakat setempat dan agensi lain turut datang membantu, terima kasih semua, semua prihatin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KAMIADA