Ziarah asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdullilah Syukur, kakitangan MAINJ berkunjung ziarah ke rumah asnaf, tanya khabar serta serahkan bantuan tunai. Mereka melahirkan rasa kesyukuran dengan bantuan yang diberikan oleh pihak MAINJ melalui agihan zakat.

Penerima bantuan bulanan MAINJ di Negeri Johor sekitar 17,000 orang dengan kos RM 6.1 juta sebulan.

Ziarah asnaf ini untuk melawat penerima bantuan yang baru diluluskan tetapi tidak dapat hadir ke pejabat untuk ambil duit tersebut diatas faktor kesihatan, kenderaan kekangan masa dan sebagainya. Justeru kami mengambil pendekatan untuk ziarah ke rumah dan hantar duit tersebut kepada asnaf.

InsyaAllah untuk bulan berikutnya duit akan dikreditkan ke dalam terus ke dalam akaun bank mereka.

Moga Allah pelihara dan lindungi mereka semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KAMIADA