Bantuan kepada Pakcik Faizal

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Ni kalau nak dibeli semuanya, agak-agak dah berapa harga dia, memang dah lama saya nak beli barang-barang ni, katil ni saya nak Kasi mak tidur, katil yang ada ni dah lama, dah karat, biar mak selesa tidur katil baru ni”. Allahu sebak sangat kami dengar.

Pakcik Faizal jaga emaknya yang umur dah 85 tahun, terbaring sahaja kami tengok, sesekali dia bangun, duduk cakap terima kasih, sayang sangat kami tengok encik Faizal kat emak dia, semua dia urus masak, basuh baju, mandikan, bawa pergi klinik dan lain-lain.

Harini kami belikan, kami hantar barang perabut dan elektrik, yang lama semua dah rosak, kami gantikan peti ais, mesin basuh, dapur, periuk elektrik, set katil pun kami belikan, baju semua kami kemaskan, masukkan dalam almari, jiran-jiran semua baik-baik, tolong bersihkan kawasan sekitar rumah sebelum ni, alhamdulillah.

Sebelum balik kami doa, kami beri duit untuk beli barang-barang puasa esok, moga selesa untuk pakcik dan mak ya.

Hadir bersama Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Waqaf Ustaz Azlan Abdullah, penghulu kawasan dan Ketua Kampung. Terima kasih semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda