Bantuan asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, terharu, gembira sangat mereka sekeluarga, kami yang tengok pun rasa gembira bila mereka senyum, tak henti cakap terima kasih.

Kami ziarah, tanya khabar, beli kan keperluan-keperluan asas rumah yang baru, katil, tilam, peti ais, mesin basuh, almari baju, meja makan, kipas dan lain-lain

Kami sama-sama tolong kakak ni, pasangkan tikar getah baru, susunkan barang-barang, betulkan sikit pendawaian lampu yang rosak, pintu bilik air dan pintu depan dah rosak, kami tukarkan yang baru, walaupun kami datang sekejap tapi rasa mesra sangat kami dengan keluarga kakak, dah macam satu keluarga.

Alhamdulillah, moga Ramadan tahun ni bermakna untuk kakak, selesa untuk kakak dan anak-anak, Allah pelihara keluarga kakak.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda