Raikan 20 asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami raikan 20 orang asnaf dalam program kiriman khas raya, majlis ringkas sahaja, program ni kami buat dengan kerjasama Lotus’s (tesco).

Barang-barang asas semua dah siap pack dan disusun dalam container, jadi mudah untuk mereka bawa balik, alhamdulillah, ada beras, susu, biskut, minyak dan macam-macam lagi, semua barangan asas, barangan ni semua dari wakalah (agihan semula zakat kakitangan Lotus’s.

Sempat juga kami tanya khabar mereka, ada yang tengah kerja, datang sekejap, ada juga yang tak sihat, wakilkan anak. Rata-rata ucap terima kasih, mereka pun tak sangka dapat barang banyak macam tu, ringan beban mereka.

Selain tu, kami sampaikan boucer bernilai RM300 pada semua, baucar ni daripada ‘All Kurma’ (tabung kiriman ikhlas).

Selain Johor, program yang sama juga dibuat di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, terima kasih pada semua, syukur Allah permudahkan semua, terima kasih kepada pihak Lotus’s (tesco) dan ‘All Kurma’.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda