Majlis Pembayaran Zakat Dan Kurniaan Bantuan Zakat

posted in: Zakat | 0

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor berkenan hadir dan menyaksikan penyerahan zakat dan penyampaian kurniaan bantuan zakat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Pembayaran zakat di buat oleh Lembaga Tabung Haji dan Johor Corporation.

Bagi penyerahan kurniaan bantuan zakat sebanyak RM25,667,700.00 diagihkan kepada:

1. Sumbangan kepada 7 pertubuhan rumah kebajikan dan sekolah khas berjumlah RM210,000.00

2. Sumbangan bantuan hari raya asnaf fakir, miskin dan mualaf berjumlah RM17,319,900.00

3. Sumbangan kepada anak-anak yatim yang tidak menetap dirumah kebajikan berjumlah RM2,677,800.00

4. Sumbangan bagi mengurus gelandangan di negeri Johor berjumlah RM500,000.00

5. Sumbangan kepada Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor serta Madrasah-madrasah Tahfiz Negeri Johor berjumlah RM4,960,000.00

Turut hadir bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor dan Yang Berhormat
Dato’ Haji Azmi bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor.

Allah Peliharakan Sultan