Serahan bantuan kepada anak-anak yatim daerah Kulai

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, Majlis serahan bantuan sebanyak RM 378,000.00 kepada anak-anak yatim di daerah Kulai dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah kepada anak-anak yatim yang tidak menetap di pusat-pusat kebajikan.

Kami memperuntukan sebanyak RM2,677,800.00 kepada 8,926 anak yatim di seluruh negeri Johor, setiap dari mereka akan menerima RM300.00.

Moga Allah pelihara mereka semua, kita doakan mereka semua berjaya didalam pelajaran, berjaya dunia akhirat.

Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan semua Pejabat Pendidikan Daerah atas kerjasama, pahala buat semua, Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda