Bantuan untuk Puan Dalila

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Hampir seharian kami di rumah kak Dalila, kami datang gembirakan beliau dan anak-anak, bantu bersihkan, buat sedikit pendawaian semula, tukar lampu, betulkan sedikit bumbung rumah dan lain-lain.

Selepas siap semua, 1 lori barang-barang yang kami tempah sampai, semua untuk kak Dalila, kami pasangkan tikar getah baru, penuhkan perabot di ruang tamu, sofa, meja kopi, peti sejuk, mesin basuh, dapur memasak, barangan elektrik dan set katil, semua kami gantikan, syukur sangat.

Untuk anak-anak, kami belikan 2 katil single dan almari pakaian, kesian sangat sebelum ini tidur di lantai alas tilam sahaja, gembira sangat anak-anak.

Moga selesa untuk kakak dan anak-anak, anak-anak berjaya suatu hari nanti insyaAllah.

Terima kasih kepada ketua masyarakat setempat, jiran-jiran yang banyak membantu, Allah pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda