Bantuan keperluan raya kepada asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sekitar serahan duit, bagi keperluan raya oleh amil-amil kepada asnaf pada bulan ramadan yang lalu. Serahan dibuat melalui 2 kaedah iaitu menerusi akaun bank atau terus ke kediaman asnaf, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun.

Bagi tahun 2021 MAINJ memperuntukan RM14,779,200.00 serta memberi manfaat kepada 33,025 orang asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri Johor.

Asnaf fakir menerima RM600 dan asnaf miskin RM400 bagi setiap orang. Syukur meringankan beban mereka semua.

Terima kasih kepada semua amil dan Jawatankuasa masjid di seluruh negeri Johor, moga Allah beri kesihatan dan pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda