Ujian

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allah uji abang Wan, sebahagian besar rumahnya terbakar, syukur tiada kemalangan jiwa berlaku. Banyak juga barang-barang yang rosak kesan dari kebakaran, sesekali mereka mencari barang-barang/dokumen yang mungkin boleh digunapakai di celah-celah runtuhan tersebut.

Hati-hati ya semua, kita cuba pastikan keselamatan diri, peralatan elektrik/pendawaian dirumah kita semua berada dalam keadaan baik.

Terima kasih Puan Pegawai Daerah Kota Tinggi bersama menyampaikan sumbangan kepada abang Wan, terima kasih juga kepada JKM, NGO dan pimpinan setempat, syukur semua baik-baik dan prihatin, moga Allah pelihara kita semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda