Ziarah mangsa ribut

posted in: Bantuan | 0

Hadir ziarah dan beri sumbangan tunai kepada abang Robaie, rumahnya dipukul ribut, kami lihat terdapat kerosakan pada bumbung terutama dibahagian bilik dan ruang berniaga.

Abang Robaie berniaga nasi lemak dihadapan rumahnya, pendapatan tidak menentu, dengan pendapatan itu abang gunakan untuk perbelanjaan keluarga, makan, minum untuk isteri dan anak-anak, alhamdulillah.

Moga dengan sumbangan yang diberi abang Robaie dapat baik pulih semula bumbung dan ruangan niaga yang rosak, boleh berniaga semula untuk tanggung keperluan keluarga, Amin Ya Rab.

Syukur dan terima kasih pada Pegawai Daerah sama-sama hadir menyerahkan sumbangan, terima kasih juga kepada pihak JKM, KEJORA ringankan beban abang Robaie dan keluarga.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda