Bantuan kepada mangsa ribut

posted in: Bantuan | 0

Sayu rasa, masa hendak masuk ke kawasan perumahan ini tadi banyak pokok-pokok besar yang tumbang, teruk juga kami tengok, alhamdulillah pihak berkuasa telah potong dahan-dahan yang besar, bersihkan jalan utama untuk memudahkan penduduk setempat keluar masuk.

Semalam petang dimaklumkan berlaku ribut. Salah seorang penduduk cakap kali terakhir berlaku 5 tahun lepas, terkejut juga mereka cakap semalam, lebih Kurang 10 minit berlaku, 80 rumah yang terkesan, kebanyakan mengalami kerosakan pada bumbung dan tingkap rumah.

Masa sampai kami lihat ada yang tutup sementara bumbung menggunakan kanvas, risau jika hujan air akan masuk ke dalam dan barang-barang akan basah, ada yang menyapu bersihkan anjung rumah kesan dari bumbung yang pecah dan ada yang mengemas di dalam rumah.

Syukur pimpinan setempat hadir ziarah, beri bantuan awal, selain dari itu pihak MAINJ, JKM dan Yayasan MBJB buat penilaian kerosakan pada setiap kediaman, insyaAllah akan diberi bantuan segera berdasarkan laporan yang dibuat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda