Bantuan keperluan perubatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ke rumah kakak Roziana, hantar keperluan perubatan, kakak tidak bekerja, Allah uji dengan sakit saraf dan jantung, sedih kami tengok, syukur emaknya bantu jaga, sayang sangat dekat kakak dan cucunya.

Kakak merupakan ibu tunggal, mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah, segala keperluan makan minum, perubatan dibantu oleh MAINJ setiap bulan.

Kami hadir, beli dan bawa juga beberapa keperluan, pampers pakai buang, susu khas dan barangan makanan asas, syukur ringankan beban kakak.

Moga Allah beri kesembuhan pada kakak, kembali sihat seperti sebelum ini, Allah pelihara kakak dan keluarga.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda