Bantuan keperluan perubatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sayu sangat bila melangkah ke rumah encik Nazri, sebelum ini beliau boleh berjalan, tapi selepas jatuh kali kedua, keadaan jadi lebih serius, sehingga beliau tidak boleh berjalan, serta kedua kakinya membengkak. Allahu.

Sebelum ini beliau bekerja di sebuah syarikat besi terpakai, beliau terjatuh ketika sedang bekerja sehingga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji akibat pergerakannya terbatas.

Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa, makan, minum, beri ubat dan lain-lain semua isteri yang bantu, sayang sangat isteri pada beliau alhamdulillah, semua diurus dengan baik.

Kami hadir ziarah, belikan kerusi tandas untuk keperluan beliau, selain dari itu kami bawakan makanan asas serta beri duit tunai sebelum balik dan akan lihat keperluan bulanan untuk perubatan beliau.

Moga Allah mudahkan urusan beliau dan keluarga, Allah pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda