Bantuan kepada Pakcik Mahat

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sebelum ini pakcik Mahat tinggal menyewa, bila pakcik sakit, terbaring, tidak boleh berjalan dan mengurus diri, kawan yang kerja sama-sama dahulu datang bantu, bawa tinggal dirumahnya, jaga pakcik, mulia betul hati beliau, baik sangat, betul-betul buat hati kami tersentuh, Allahu.

Pakcik sebelum ini bekerja sebagai tukang bersih awam di sekitar bandar Kota Tinggi, raih pendapatan untuk tampung keperluan makan minum.

Kami ziarah lihat keperluan pakcik, kami beri wang tunai, makanan asas dan insyaAllah Akan dipertimbang bantuan secara bulanan bagi keperluan perubatan dan lain-lain.

Terima kasih kepada kawan beliau, bantu jaga pakcik, jiran-jiran bantu hantar keperluan makanan dan prihatin pada pakcik, Moga Allah pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda