Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sekitar jam 8 malam, isteri berada di dapur, tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat, rupanya pokok besar tumbang dan hempap rumah saya, Allahu.

Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku, kami hadir, tengok, teruk juga kerosakannya, bumbung banyak yang pecah, dahan-dahan kayu patah, alhamdulillah, jiran-jiran dan pimpinan setempat cepat hadir bantu bersihkan potong pokok dan lain-lain sebelum kerja baik pulih dibuat semula.

Kami hadir beri sumbangan duit tunai, ringankan beban encik Omar, syukur banyak juga agensi selain pimpinan setempat beri sumbangan, semua baik dan prihatin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda