Ziarah di rumah Puan Atiqah

posted in: Bantuan | 0

Sayu sangat, pagi tadi kami ziarah dan kongsi sedih di rumah kakak Atiqah, suami kakak meninggal dunia akibat dibawa arus deras beberapa hari lepas, selepas cuba bantu menyelamatkan kanak-kanak yang terjatuh di saluran air berdekatan, Allahu murni sangat niat beliau, hendak bantu orang.

Masa sampai ibu mertua dan kakak ipar beliau ada di rumah, teman kakak, sayu sangat kami tengok muka ibu mertuanya, kakak pun masih berada dalam keadaan sedih, kami dimaklumkan kakak ada sama-sama pada waktu kejadian dan kejadian berlaku di hadapan matanya, sedih sangat.

Kakak mempunyai 4 orang anak, semua masih kecil, 5, 4, 3 tahun dan seorang yang baru berusia 4 bulan, Allahuakbar, semua masih perlu kasih sayang seorang bapa, Allahyarham seorang yang baik, bertanggungjawab pada isteri dan anak-anak, tapi Allah lebih sayang kan beliau.

Kami beri sedikit kata semangat pada kakak dan ibu mertuanya, kami doakan dan beri sumbangan tunai, syukur sebelum ini ramai yang datang ziarah dan beri sumbangan samaada barang mahupun wang tunai.

Moga Allah tempatkan Allahyarham bersama golongan beriman dan soleh, Allah beri kekuatan pada kakak dan ibu, Allah permudahkan urusan kakak dan anak-anak, anak-anak besar dengan baik dan berjaya insyaAllah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda