Bantuan kepada Encik Rani

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dari jauh kami nampak pakcik Rani duduk di perkarangan tempat letak kenderaan, bila datang dekat, kami tengok ada gantung kad dilehernya, beliau hilang pekerjaan dan memerlukan duit, Allahu.

Pakcik cakap sebelum ini beliau kerja sebagai tukang kasut di sekitar Bazar Karat, sekarang tidak bekerja dan peralatan untuk baik pulih kasut pun hilang, lama tidak ke sana kerana perniagaan tidak beroperasi katanya. Menurut semakan kami, pakcik adalah penerima bantuan segera MAINJ, alhamdulillah.

Kami beri wang tunai pada pakcik untuk keperluan makan, minum, syukur. Moga Allah pelihara dan mudahkan urusan pakcik ya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda