Syukur terima bantuan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahu, mengalir air mata puan Engku, mungkin sebab sebak sangat. Puan mempunyai 10 orang anak dan suaminya telah meninggal dunia pada Mac yang lalu.

Masa sampai kami tengok semua adik beradik duduk bersama, mesra antara satu sama lain, dan yang kecil baru berusia 2 tahun, manja dengan abangnya yang ketiga, bahagia sangat kami tengok mereka, saling sayang antara satu sama lain.

Puan baru sahaja beberapa bulan duduk disini, jiran-jiran semua baik, prihatin dan selalu bantu mereka.

Syukur puan menerima bantuan tetap secara bulanan dari MAINJ, selain itu anak-anak yang bekerja di kawasan sekitar juga membantu, untuk keperluan beliau dan adik-adik yang lain.

Kami datang, bawa beberapa keperluan elektrik, beg sekolah, makanan asas dan beri wang tunai pada puan.

Moga Allah pelihara puan dan anak-anak ya, mereka berjaya bila dewasa nanti.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda