Setiap hari kami akan keluar ziarah. Bawa barang-barang ikut keperluan, wang tunai, makanan asas, barangan perubatan dan lain-lain untuk saudara kita, Allah uji mereka semua dengan ujian yang berbeza.
Ya-Allah, jika ada antara mereka yang sedang sakit, angkatlah penyakitnya. Jika ada antara mereka yang kesulitan rezeki, bukalah jalan rezekinya. Jika ada antara mereka yang hatinya sedang susah/sedih, kuatkanlah ia untuk mampu bersabar, pelihara semua saudara kami ya-Allah.
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda













