Sesi temuduga sumbangan dermasiswa kepada 47 pelajar Johor ke Mesir dan Jordan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, selesai sesi temuduga untuk sumbangan dermasiswa kepada 47 pelajar Johor yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan pada tahun ini.

Tahun yang agak mencabar, tidak seperti abang-abang mereka sebelum ini, pengurusan dibuat secara dalam talian, tidak dapat bertemu dan beri penerangan secara bersemuka, terdapat juga beberapa syarat tambahan dari jabatan berkaitan yang perlu dipatuhi oleh semua.

Kami lihat semua tetap bersemangat, punya cita-cita yang besar, hendak belajar bersungguh-sungguh, gembirakan keluarga. Moga Allah mudahkan urusan mereka semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda