Ziarah mangsa ribut

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Sepanjang malam rumah kami tak berbumbung ustaz” Allahuakbar, sebak sangat bila dengar.

Cuaca tidak menentu sekarang, hujan, angin kuat, banyak rumah yang rosak dipukul ribut, terutama pada bahagian bumbung. Semua risau, kalau lambat baik pulih, hujan turun, basah dan rosak barang-barang dalam rumah, kami tengok ada juga yang tutup sementara guna kanvas, jiran-jiran bantu, pasang sama-sama, syukur semua tolong menolong.

Kami datang ziarah, tanya khabar, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa, kami beri sumbangan tunai, insya-Allah mereka akan gunakan wang tersebut untuk beli barang, baik pulih semula kerosakan.

Terima kasih juga pihak Yayasan Bandaraya dan Jabatan Kebajikan, penghulu Mukim dan ketua kampung, hadir sama bantu ringankan beban penduduk setempat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda