Penghantaran Pelajar Johor ke Jordan dan Mesir

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Raikan 32 orang pelajar Johor yang melanjutkan pengajian ke Jordan dan insya-Allah pada 9 September ini seramai 31 orang pelajar Johor juga akan berangkat ke Mesir.

Melalui wang zakat, setiap pelajar menerima sumbangan penerbangan RM2,500 dan dermasiswa RM8,000 setahun bagi pelajar Jordan dan RM6,000 setahun bagi pelajar Mesir mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Bagi tahun 2021 MAINJ memperuntukan sebanyak RM3.4 juta bagi tujuan dermasiswa dan RM500 ribu bagi sumbangan perjalanan.

Selain itu, pada tahun ini kami adakan juga kursus intensif selama tiga minggu kepada semua pelajar dengan kerjasama Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Moga semua sampai ke destinasi dengan selamat, dipermudah urusan pelajaran disana, kami sentiasa mendoakan anda semua.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Haji Md Rofiki Dato’ Haji Samsuddin, Timbalan Mufti Johor, Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan Islam JAINJ, Tuan Haji Yosree Ehsan, Pendaftar MARSAH, Ustaz Haji Muhammad Sanusi Md Noh dan Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda