Rai pelajar Johor melanjutkan pengajian ke Mesir

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Rai pelajar Johor melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan menjadi tradisi bagi negeri Johor. Ini lah di antara dua negara yang inti patinya mendidik anak bangsa Johor mendalami ilmu dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB. Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, meraikan 31 pelajar Johor ke Mesir yang mendapat sumbangan tiket penerbangan dan dermasiswa MAINJ pada tahun ini melalui wang zakat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa dalam menghantar anak mereka ke luar negara.

“MAINJ masih mengkaji beberapa negara di timur tengah untuk anak Johor melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Hadir sama Mufti negeri Johor, SS YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Timbalan Mufti negeri Johor, SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Tuan Khirul Nizam Mat Said, Timbalan Pengarah Pendidikan JAINJ, Ustaz Haji Yosree Ehsan, Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Zakuan Ghazali serta wakil Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda