Bantuan rumah asnaf di daerah Muar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, ke lapangan melihat kemajuan kerja-kerja bina baru rumah asnaf di daerah Muar.

MAINJ mengujudkan skim bantuan ini bertujuan menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa kepada asnaf. Rumah ini berkeluasan 660kp, mempunyai 3 bilik, 1 bilik air dan dapur.

Sempat kami berbual dengan penerima, syukur dapat gembirakan makcik, sebelum balik kami beri sedikit wang tunai dan makanan asas. Moga kediaman ini selesa buat makcik dan keluarga.

Hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi dan Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda