Ziarah anak kecil yang diuji

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahuakbar, pada usia kecil adik diuji, injap jantung terbalik dan perlu menjalani pembedahan dalam masa dua bulan lagi di Institut Jantung Negara (IJN).

Kami datang ziarah, lihat keperluan adik, berbual-bual dengan ibu dan beri sedikit kata semangat, ibunya maklumkan anggaran Kos pembedahan sekitar RM40,000.00 dan pihak IJN masih dalam proses untuk penilaian geran bagi tujuan pembedahan.

Sebelum balik kami beri sedikit sumbangan insya-Allah akan pertimbang jika terdapat bayaran tambahan untuk tujuan pembedahan tersebut.

Hadir menyerahkan sumbangan, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Mersing, Ustaz Khairul Anwar Isnin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda