Ziarah 10 buah rumah di daerah Mersing

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami ke mukim Jamaluang dan Tenggaroh Mersing, ziarah 10 buah rumah, lihat keperluan saudara-saudara kita yang Allah uji dengan sakit, niat hendak beri kekuatan dan gembirakan semua.

Disetiap rumah kami doakan, mohon dan rintih pada Allah supaya beri kesembuhan dan kekuatan pada semua.

Kami beri wang tunai, ringankan beban, selain itu kami bawa juga keperluan makanan asas buat mereka.

Terima kasih Pegawai Daerah Mersing dan pimpinan setempat, sama-sama ziarah beri sumbangan dan doakan mereka. Moga Allah terima dan makbulkan doa kami.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda