Ziarah ke rumah Allahyarham abang Norman

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah ke rumah Allahyarham abang Norman Misran, di daerah Pontian ramai yang kenal Allahyarham, selalu naik motosikal roda 3 bawa ibunya bersiar-siar, bawa roti dan beri makan pada burung, biasa ibunya akan duduk di dalam gerabak, bergerak dari Api-Api ke bandar Pontian.

Masa sampai, abang Allahyarham sedang memotong rumput dihalaman rumah, berhenti dan sambut kami bawa ke rumah, mesra serta sangat peramah orangnya, perlahan kami nampak ibunya keluar dari rumah dan duduk di atas kerusi, banyak kali ucap terima kasih, sebab datang ziarah dan banyak membantu.

Allahyarham merupakan penerima bantuan tunai bulanan MAINJ, selain itu motosikal roda tiga yang digunakan Allahyarham untuk bekerja/bergerak juga pemberian dari MAINJ. Allahyarham seorang yang baik, sayang sangat dekat ibunya, selalu gembirakan ibunya, bawa jalan-jalan. Sama-sama kita doakan Allahyarham abang Norman ditempatkan bersama golongan soleh.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin
#KamiAda