Bantuan kepada mangsa kebakaran

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahuakbar, kebelakangan ini banyak kebakaran berlaku disebabkan litar pintas. Semalam kami ke dua buah rumah, sebuah rumah hampir keseluruhan terbakar, dan sebuah lagi terbakar dibahagian dapur. Banyak barang-barang yang rosak, ujian buat saudara kita hangus semua keperluan di rumah mereka.

Buat sementara waktu salah seorang daripada mereka menetap di ‘home stay’ berdekatan dan dalam masa yang sama akan mencari rumah sewa sebelum proses tuntutan insuran dibuat. Kami beri sumbangan tunai, sedikit kata-kata semangat dan doakan mereka, syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir sama dan beri sumbangan. Moga Allah permudahkan semua.
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin
#KamiAda