55 unit katil dan tilam angin untuk keperluan hospital di negeri Johor

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Serahan 55 unit katil dan tilam angin untuk keperluan beberapa hospital di negeri Johor dengan peruntukan RM192,500.00. Alhamdulillah, niat membantu dan beri keselesaan kepada saudara-saudara kita yang sedang dirawat, sempat kami berbual, tanya perkembangan pesakit-pesakit di sini, cara mereka berterima kasih buatkan kami terasa sebak, syukur semua baik-baik dan mesra.

Sebelum balik kami doakan semua doktor dan petugas kesihatan, mereka sentiasa bersedia, 24 jam tanpa henti serta sunguh-sungguh mambantu saudara-saudara kita yang diuji. Serahan dibuat oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot kepada Pengarah Hospital Permai Johor Bahru, Dr. Haji Norazam Harun. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Khirul Nizam Mat Said dan Penolong Pengarah Agihan Zakat,Ustaz Zakuan Ghazali.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin
#KamiAda