18 asnaf terima tawaran kediaman

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, 18 orang asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor menerima tawaran untuk diami perumahan ini. Gembira sangat semua, alhamdulillah dapat duduk di kediaman yang lebih selesa selepas ini, kawasan berpagar, tempat letak kenderaan luas dan ada kawasan permainan untuk kanak-kanak.

Sempat kami masuk dan lihat ruangan dalam rumah ini, ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur pun nampak selesa, ruangan bawah disediakan khas bagi saudara-saudara kita yang istimewa (OKU), ada susur untuk masuk kerusi roda dan suisnya lebih rendah serta bilik air utama yang besar, alhamdulillah mesra (OKU).

Turut menerima tawaran adalah dibawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Bandaraya dan peserta e-kasih. Terima kasih kepada kerajaan persekutuan dan negeri Johor melalui SUKJ – Bahagian Perumahan atas usaha dan inisiatif ini, moga ada pahala dan kebaikan buat semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda