Menyantuni asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Kebelakangan ni cucu makan nasi dengan kicap aje, cucu tanya sampai bila kita nak makan macam ni nenek, sebab itu makcik telefon pejabat semalam”. Allahuakbar, hendak menangis kami rasa bila jumpa mereka.

Nenek terlantar, cucunya yang jaga, semua masih kecil, berusia 14,11, 8 dan 5 tahun, masa sampai kami tengok memang tiada lauk untuk dimakan, hanya ada beras sahaja.

Kami minta kebenaran dengan nenek, bawa cucu mereka ke kedai, belikan keperluan asas untuk rumah, bungkuskan makanan tengahari dan belikan jajan, aiskrim untuk anak-anak ini, minta mereka pilih sendiri. Sayu sangat rasa, kami anggap macam anak sendiri, belikan apa yang mereka hendak makan.

Nenek cakap cucunya yang besar bantu buat semua kerja rumah, kalau masak nenek akan ajar, syukur, walau masih kecil tapi pandai, hormat dan sayang sangat pada neneknya.

Nenek merupakan penerima bantuan zakat bulanan, sebelum ini semuanya mencukupi, apabila sakit, duit yang nenek dapat digunakan untuk tujuan perubatan selain bayaran utiliti dan lain-lain, insya-Allah kami akan tambah lagi bantuan bulanan dan akan selalu datang tengok keperluan nenek dan cucu.

Moga Allah beri kesembuhan pada nenek, Allah beri kekuatan pada adik-adik, sebaya dengan anak-anak kita tapi Allah uji mereka, moga adik-adik berjaya suatu hari nanti, terima kasih juga kepada jiran-jiran, syukur semua prihatin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda