Program Asnaf Digital Marketing

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami kumpulkan 20 peniaga, beri sedikit pendedahan penggunaan teknologi digital untuk jual dan iklankan produk masing-masing.

Tertarik dengan kata-kata konsultan tadi, katanya pembeli ini ada 4 kategori, ada yang:
1. Tengok terus beli.
2. Buat senarai baru beli.
3. Tanya banyak kali, lihat testimoni baru beli.
4. Tanya, lihat testimoni, buat kajian, bandingkan produk, baru beli.

Terima kasih kepada Johorbiz Digital atas perkongsian, moga bermanfaat untuk mereka semua. Hadir sama Ustaz Zakuan Ghazali Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ.