Ziarah ke 2 buah rumah asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, selepas serahan di Pejabat Daerah Kluang semalam kami terus bergerak ziarah ke 2 buah rumah.

Menangis sebak pakcik bila kami datang, katanya memang hendak sangat jumpa Dato’ Penasihat MAINJ. Pakcik dan isteri tidak sihat, anak mereka yang jaga, lihat keperluan makan, minum dan lain-lain, alhamdulillah semuanya diurus dengan baik.

Insya-Allah untuk rumah kedua kami akan bantu ringankan beban selesaikan tunggakan sewaan rumahnya.

Syukur sangat dapat erat silaturrahim, sama-sama tadah tangan dan berdoa, sebelum balik kami beri mereka keperluan asas dan wang tunai, moga Allah beri keberkatan hidup dan redha pada kita semua, Amin Ya Rab.

Hadir sama Penasihat MAINJ, Y.B Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Haji Tahrir Haji Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Sulaiman Ismail, Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Sabarudin Isnin dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah kluang, Ustaz Norhisham Md Sawal.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda