Program Taklimat bancian kepada amil-amil fitrah seluruh negeri Johor

posted in: Umum | 0

Alhamdulillah taklimat bancian kepada amil-amil fitrah seluruh negeri Johor bermula semalam didahului dengan daerah Kulai.

Pada bulan ini amil-amil akan bergerak membuat bancian, menentukan asnaf fakir dan miskin di kawasan masing-masing.

Nama-nama yang dibanci akan diteliti oleh jawatankuasa masjid/surau sebelum diserah kepada MAINJ bagi tujuan sumbangan wang tunai menjelang Ramadan nanti.

Taklimat disampaikan oleh Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kulai, Ustazah Faiszah Daniel, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ Daerah Kulai, Ustaz Saiful Anuar M Moiden.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda