Program tazkirah semarak zakat

posted in: Aktiviti, Asnaf, Bantuan | 0

Malam ini kami bersama penduduk Taman Sri Mersing, adakan sedikit tazkirah selepas maghrib dan sampaikan beberapa keperluan asas buat penduduk, dengan izin Allah esok kami akan ziarah juga ke beberapa buah rumah di sekitar Mersing bagi melihat keperluan setempat.

“Peranan MAINJ bagi mengatasi masalah pendidikan, ekonomi, kemelaratan hidup, kesihatan, keselamatan dan keadilan sosial, semoga dilihat mereka-mereka dari golongan asnaf merasai nikmat kemakmuran negeri”. (Penasihat MAINJ, YB. Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot)

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah dan Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda