Ziarah ke 8 buah rumah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Niat gembirakan mereka, datang tanya khabar, kami ziarah 8 buah rumah, berbeza ujian di setiap rumah, ada yang dalam satu rumah 2 orang terbaring, ada yang tidak dapat lihat, ada yang kena buat pembedahan kerana kanser tulang. Sebak rasa, syukur buat mereka senyum walau sekejap.

Kami cuba mudahkan urusan semua, beri wang tunai dan keperluan asas selain beberapa bantuan yang menyusul selepas ini, moga Allah pelihara semua saudara kita.

Hadir menyerahkan sumbangan Penasihat MAIJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAIJ, Encik Sulaiman Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT