“MAINJ Bantu, Asnaf Sejahtera”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami di Masjid Tunggul Hitam Batu Pahat, syukur dapat solat maghrib berjemaah dengan penduduk setempat, adakan sedikit tazkirah dan sampaikan keperluan asas serta wang tunai kepada 20 keluarga.

Dengan izin Allah, esok pagi kami akan ziarah dan sampaikan pelbagai sumbangan di sekitar Daerah Batu Pahat, doakan ya.

Hadir sama Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Haji S Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Waqaf MAINJ Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda