“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Lawatan ke Pusat Dialisis MAINJ, jumpa dan ramah mesra dengan 6 wakil pusat dialisis yang beroperasi di sekitar Batu Pahat, pesakit-pesakit yang layak akan membuat rawatan di sini dan akan ditanggung bayarannya oleh pihak kami mengikut kelulusan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah MAINJ.

Bagi tahun 2022 untuk daerah Batu Pahat kami memperuntukan:

1. Sinar Haemodialysis Cawangan Bangunan Wakaf MAINJ sebanyak RM3.158 Juta.

2. Sinar Haemodialysis Cawangan Parit Raja sebanyak RM1.157 Juta.

3. Sinar Haemodialysis Cawangan Batu Pahat sebanyak RM1.011 Juta.

4. Pusat Haemodialysis Sejahtera sebanyak RM1.345 Juta.

5. Barakah Vanture SDN. BHD. sebanyak RM1.002 Juta.

6. Pusat Haemodialysis Darul Tazim sebanyak RM591,470.00.

Hadir sama, Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu, Penasihat Sinar Haemodialysis, Prof Dr. Ts. Dr. Adnan Ahmad.

Turut merai, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Sufian Suleiman, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT