“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pagi tadi kami di PEJABAT DAERAH BATU PAHAT, alhamdulillah sampaikan wang tunai kepada mereka yang terkesan semasa banjir tempoh hari, RM1,000.00 bagi setiap keluarga.

Di daerah Batu Pahat terdapat 109 keluarga yang terkesan, peruntukan RM109,000.00 kami salurkan melalui wang zakat buat saudara-saudara kita.

Selain dari itu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah RM23,100.00 diperuntukan bagi anak-anak yatim yang kematian ibu/bapa disebabkan Covid-19.

Segala puji bagi Allah, moga sedikit sebanyak ringankan beban semua.

Hadir sama Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Nasri Md. Ali, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Sufian Suleiman, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Azham Besah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT