“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dari wang zakat, kami dengan kerjasama PEJABAT DAERAH BATU PAHAT bina sebuah rumah baru untuk pakcik Masfizan, syukur dan tidak henti pakcik ucap terima kasih.

Selain dari itu pasukan Briged Ansar MAINJ, sama-sama turun, bantu kemas, pasangkan tikar getah dan masukkan beberapa barang keperluan asas/perabot seperti katil, tilam, almari baju, meja makan, dapur masak, kipas dan mesin basuh.

Segala puji bagi Allah, Moga selesa buat pakcik ya.

Majlis serahan di sempurnakan oleh Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Sufian Suleiman, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT