Pengumuman Zakat Fitrah 1443H/2022

posted in: Zakat | 0

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1443H bersamaan 2022M pada dua kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja) dan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).

i. RM 7.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

ii. RM 10.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.