Majlis Jalinan Kasih bersama Pengamal Media

posted in: Aktiviti, Asnaf, Bantuan | 0

Segala puji bagi Allah, raikan dan beri penghargaan kepada semua pengamal media negeri Johor, syukur meraka banyak bantu kami dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, terutama berkaitan pengurusan zakat baitulmal dan wakaf di negeri ini.

Antara rakan media yang dirai ialah Kelab Media Johor, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Best FM, Bernama, TV 3, The Star, RTM Johor, Astro Awani, TV Al hijrah, Media Digital Annur, TV Sarawak, Johor FM, Berita Harian, Harian Metro, News Straits Times, KOSMO, MEDCOM, Malaysia Gazette dan lain-lain.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB. Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid.

Dalam program ini kami turut raikan 3 saudara yang diuji dengan sakit, beri sumbangan tunai dan akan menaggung keperluan perubatan mereka.

1. Encik Amirul Izhar dengan kos perubatan RM42,651.00

2. Puan Nurul Nabilah dengan Kos perubatan RM28,518.00

3. Adik Mohd Nur Najmi dengan kos perubatan RM42,703.80

Hadir sama, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (DR.) Haji Nooh Gadot, Mufti Johor, SS. YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YB. Dato’ Haji Md. Rofiki Dato’ Haji Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT