“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sebelum Ramadan haritu kami sempat ziarah dan belikan beberapa barangan asas untuk saudara kita.

Pasukan “Briged Ansar” MAINJ sama-sama hadir dan bantu, betulkan bumbung rumah, tukarkan tikar getah, bawa sekali katil, tilam, almari baju dan beberapa barangan yang lain, segala puji bagi Allah, sebelum balik kami beri juga keperluan asas dan wang tunai.

Alhamdulillah, dapat ringankan beban abang dan keluarga.Hadir menyampaikan sumbangan Penasihat MAINJ, YB. Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu dan Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT