AGIHAN MANFAAT WAKAF UNTUK SAUDARA BARU

posted in: Bantuan, Wakaf | 0

Alhamdulillah, 6 ketua keluarga saudara baru telah menerima agihan manfaat wakaf di daerah Kota Tinggi.

Kami memberi sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan asas untuk meringankan beban mereka bagi membuat persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.

Ada diantara mereka diuji dengan kesakitan & masalah kewangan.Semoga Allah mengangkat kesakitan dan penyakit ke atas mereka dan Allah gantikan dengan kesembuhan & kesihatan yang berpanjangan. Semoga Allah permudahkan juga segala urusan mereka. Amin.

Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi, Ustaz Luqmanul Haqim Bin Ab Rahman. Semoga pemberian yg diberi dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.