Ziarah ke pejabat persatuan pemandu kereta-kereta sewa daerah Mersing, alhamdulillah ramah mesra dengan pemandu-pemandu di sini, sampaikan wang tunai pada setiap pemandu RM500.00 seorang dan beri sekali barangan asas.
Masa (PKP) dahulu pemandu teksi/kereta sewa adalah antara yang terkesan, ada dari mereka yang sepenuh masa bawa teksi, kadang-kadang pendapatan hanya cukup untuk bayaran sewa, minyak dan lain-lain.
Segala puji bagi Allah, MAINJ memperuntukan RM1,340.500.00 untuk 2,681 pemandu teksi/kereta sewa muslim di seluruh negeri Johor. Moga sedikit sebanyak ringankan beban mereka semua.
Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Mersing, Ustaz Mohd Shafiq Said.
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT













