“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Tengahari tadi kami bersama 80 orang (ketua keluarga dan anak-anak asnaf) belanja keperluan untuk raya, alhamdulillah mereka pilih sahaja baju, seluar, kasut songkok dan lain-lain keperluan.

Suka sangat tengok mereka gembira, bukan sahaja keperluan raya, kami beri juga hamper dan duit raya termasuk anak-anak.

Melalui wang zakat kami memperuntukan sebanyak RM220,000.00 untuk 1,100 asnaf di seluruh negeri Johor bagi program ini, moga sedikit sebanyak ringankan beban semua.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB. Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu dan Penolong Pengarah Agihan Zakat Ustaz Zakuan Ghazali.

“Semarak Cinta Ramadan 2022”
https://www.maij.gov.my/scr2022/

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT