“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah sumbangan tunai dan keperluan asas kepada 50 orang penerima di daerah Batu Pahat bersempena program berbuka puasa bersama YAB Menteri Besar Johor.

20 orang menerima sumbangan raya dan 30 orang pemandu teksi/ kereta sewa, syukur dapat ramah mesra dan ringankan beban semua.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB. Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pegawai Daerah Batu Pahat Tuan Haji Nasri Haji Md. Ali dan Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT